Tuesday, February 24, 2009

Web Designer / Designer - Rancang Kerja Anda

Untuk menjadi seorang designer yang baik, setiap kerja yang kita akan lakukan perlulah dirancang dengan baik. Habit merancang akan membantu pengurusan masa kerja. Jadi, anda mampu melakukan kerja yang banyak dalam masa yang singkat.

Salam semua!

Di sini saya akan berkongsikan pengalaman saya di dalam melakukan projek-projek rekabentuk. Tips perancangan ini mungkin berbeza dengan orang lain. Kerana saya percaya masing-masing mempunyai cara kerja tersendiri mengikut keselesaan masing-masing.

Prinsip kerja saya semasa bekerja sebagai designer suatu ketika dahulu ialah “saya tak perlu stay back jika tidak perlu”. Saya perhatikan kerjaya designer ini terlalu sinonim dengan balik lewat dan terpaksa buat kerja sehingga lewat malam (adakalanya sehingga ke pagi). Jikalau projek tersebut adalah “urgent” maka stay back tidak menjadi isu kerana memang memerlukan kita untuk begitu.

Walau bagaimana pun, stay back akan menjadi isu apabila kerja yang sepatutnya mudah tetapi terpaksa mengambil masa yang lebih. Ini mungkin terjadi kerana cara kerja kita yang seringkali tidak betul atau kita tidak mendapatkan input yang tepat daripada arahan projek.

Kita cuba perhatikan perkara-perkara berikut:

1. SAIZ DIMENSI

“Design ni nak saiz besar mana?”

“Ini nak print ke nak letak dalam screen je?”

“Nak print digital ke nak buat filem?”

Itu antara soalan-soalan lazim yang patut seorang designer tanya sebelum memulakan kerja. Bukan tanya pada diri sendiri, tapi tanyakan kepada pemberi kerja (klien atau boss anda).

Apabila kita hendak memulakan sesuatu design, perkara pertama yang kita lakukan apabila kita buka software adalah Open New File. Di situ kita kena tetapkan dimensi canvas atau artboard. Jadi kita perlu tahu berapa sentimeter, atau inci, atau piksel. Kita juga perlu tahu berapa nilai untuk resolusi dalam unit dpi.

Bayangkan sekiranya anda buat kerja tanpa mendapatkan kepastian tentang saiz. Anda ‘rasa’ ianya adalah A4 Landscape. jadi, anda terus buat sehingga siap. Setelah siap, anda tunjukkan kepada boss anda. Tiba-tiba boss anda cakap ianya salah kerana design itu sepatutnya A3 Portrait!

Agaknya apa yang anda perlu lakukan sekarang? Kerana, di dalam software grafik tiada kemudahan auto untuk tukar-tukar layout. Jadi, anda kena mula semula. Buang masa bukan? Hanya kerana anda tidak mendapatkan input yag tepat mengenai saiz.

Pastikan juga anda dapatkan secara tepat tentang ‘user requirements’ yang lain-lain.



2. DEADLINE

Terma yang sangat popular di dalam dunia grafik - deadline (ejaannya bukan ‘dateline’ ya). Deadline adalah tarikh kerja harus disiapkan sepenuhnya. Pastikan anda sangat jelas tentang deadline ini. Susunkan jadual kerja dan hidup anda berdasarkan keperluan tarikh deadline tersebut.

Jadikan habit untuk ingat tarikh deadline. Jangan sampai terlupa atau buat-buat lupa.

3. LAKARAN RINGKAS

Lakaran ringkas juga banyak membantu saya ketika membuat design. Apabila mendapat arahan untuk membuat sesuatu kerja, saya akan melakarkan kehendak klien dan idea-idea saya di atas sekeping kertas. Proses ini adalah seperti melakukan sesi ‘brainstorming’. Apabila idea asas dan nota telah tersedia di atas kertas tersebut, barulah saya akan mulakan design di dalam komputer.

Seringkali saya lihat designer buntu apabila terus memulakan design di dalam komputer. Mereka buka fail baru di dalam Photoshop, kemudian hanya merenung canvas kosong di atas skrin kerana sedang mencari idea. Sukar, kerana mereka mencari idea di dalam satu ruang pemandangan yang sempit iaitu ke atas canvas kosong di dalam skrin monitor 19 inci. Jika anda mengambil kertas, fikiran anda lapang. Anda boleh melihat daripada banyak perspektif. Mungkin anda boleh melakarkan idea anda di luar studio atau pejabat anda.

4. GAYA TERSENDIRI

Gaya tersendiri ini mungkin biasanya disebut sebagai ‘trademark’ seseorang designer. Setiap designer harus membentuk gayanya tersendiri. Selain daripada untuk menjadikan identiti, ianya juga membantu anda di dalam mempercepatkan kerja anda. Bagaimana?

Apabila anda sudah biasa menghasilkan sesuatu design mengikut gaya anda tersendiri, tentunya anda mempunyai filter kesukaan, styles kegemaran dan skema warna yang anda sangat selesa. Jadi, anda dapat mengurangkan tempoh cuba-jaya untuk mendapatkan styles baru, skema warna yang baru dan efek yang anda tak pernah tahu hasilnya.

Cuba-jaya biasanya saya lakukan ketika ada masa lapang. Bukan ketika membuat kerja (jarang berlaku, mungkin ada juga).

5. BUAT LIBRARY

Bagi memudahkan proses mendapatkan idea, biasanya kita akan surfing di internet dan melihat-lihat hasil kerja orang lain sebagai inspirasi (bukan untuk menciplak ya). Anda boleh buat satu folder di dalam komputer untuk menyimpan kerja-kerja mereka sebagai inspirasi anda. Kategorikan folder anda - web design / print work / digital art / flash work / photography dan sebagainya.

Selain itu juga, anda boleh buatkan library untuk apa-apa yang menjadi kesukaan anda seperti Brush / Styles / Effects / Textures dan sebagainya.

Cukup dulu dengan lima point sebagai tips ringkas.

Sekiranya anda mampu menguruskan masa dan cara kerja dengan baik, anda akan mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti harian anda yang lain-lainnya.

Selamat berkarya dan bekerja!

Artikel disumbang oleh Imran Abdul Jabar



2 comments:

Anonymous said...

Good tips bro..although dah 8 tahun dlm bidang nie pun kekadang masih liat nak buat simple sketches...keep it up by posting new things...

Admin on February 27, 2009 at 5:36 PM said...

thank q cesc fabrizal, betul cakap ko tu, kadang kadang kita bukan tak tahu, tetapi kemalasan tahap dewa, kerana kita inginkan design kita siap pada tarikh yang ditetapkan. Oleh itu dengan adanya tips ini, kita akan alert lah sebelum kita buat sesuatu design :)

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com